Good Taste
Tuesday, 15 March 2011
Objektif, Visi Dan Misi Syarikat
Objektif
- Menawarkan produk pemakanan yang berkualiti tinggi untuk pelanggan.
- Mementingkan kepuasan pelanggan pada tahap yang paling maksimum.
- Tidak mengeluarkan produk yang membahayakan kesihatan pelanggan.
- Menawarkan perkhidmatan yang mesra.
- Menawarkan harga yang berpatutan untuk mencapai kehendak dan keperluan pelanggan.
- Mampu bersaing dengan syarikat-syarikat yang terkenal di pasaran.
Visi
Menjadi syarikat yang berdaya saing dalam bidang pemakanan dalam industri PKS dari Malaysia ke peringkat antarabangsa.
Misi
Mengeluarkan produk makanan yang berkualiti tinggi,enak dan halal untuk pelanggan yang dihormati.
Mengenai Good Taste Sdn. Bhd.
Syarikat Good Taste Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada 5 Januari 2010 di bawah Akta Syarikat 1965.Syarikat Good Taste Sdn. Bhd. ini merupakan syarikat perkongsian yang di anggotai oleh empat pemegang saham yang memulakan perniagaannya dengan modal permulaan sebanyak RM 200 000.
Syarikat Good Taste Sdn. Bhd. mengeluarkan produknya kepada pasaran antarabangsa dan pasaran dalam negara. Penubuhan syarikat ini bertujuan untuk mengeluarkan produk makanan. Produk yang dikeluarkan oleh Syarikat Good Taste Sdn. Bhd. ialah kuih bahulu. Syarikat Good Taste Sdn. Bhd. mempunyai pelbagai kemudahan untuk memasarkan produknya kepada pasaran.
Subscribe to:
Posts (Atom)